Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
|
| |
|
Current Principal |
Haji Ishak Sulaiman |
|
School type |
Technical school |
|
Location |
Ipoh, Perak, Malaysia |
|
School Motto |
Datang Dengan Harapan Pulang Dengan Kejayaan |
Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash (SMTI) is a technical secondary school in Malaysia. It is situated in Ipoh, Perak. It is currently among the top technical schools in the country.
Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash was built in early 70s to educate and produce engineers. Its objectives are to provide Malaysia with a students who are equipped with a strong technical background and to teach students AbOUT basic engineering concepts.
School History
Sekolah Menengah Teknik Ipoh telah siap dibina pada tahun 1972 di atas sebidang tanah seluas 25.35 ekar dengan belanja RM1.4 juta dan urusan pentadbirannya bermula 8hb Januari 1973. Pengajaran di sekolah ini bermula pada 17 April 1973 dengan 11 orang guru dan 198 orang murid yang datang dari seluruh Perak.
Serentak dengan itu juga kemudahan asrama juga disediakan untuk 160 orang murid dari luar Ipoh serta 3 buah makmal sains, 2 buah bengkel, sebuah perpustakaan, sebuah padang bola sepak dan sebuah padang hoki. Pada tahun 1980 satu blok bangunan dua tingkat dibina beserta dengan pembinaan dua buah rumah waden.
Pembukaan rasmi sekolah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada tahun 1975.
Pada tahun 1977 berlaku perubahan bahasa pengantar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Pada tahun 1980 semua kursus dijalankan dalam Bahasa Malaysia, menepati kehendak Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Pada masa sekarang terdapat 6 blok bilik darjah termasuk bilik guru, pusat sumber sekolah,bilik komputer, makmal sains, bilik pengetua, bilik penolong kanan dan pejabat. Selain itu ada dua blok bengkel kejuruteraan, surau, dewan besar, kantin dan 5 blok asrama lelaki dan perempuan yang boleh menampong seramai 500 orang penghuni.
Selain dari mata pelajaran teras diperingkat SPM, sekolah ini menawarkan subjek fizik, kimia, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik, prinsip akaun dan pengajian keusahawanan dengan dibantu oleh 52 orang guru dan 28 orang staf sokongan.
Academics
SMTI core subjects include the study of the Malay and English languages, mathematics, moral studies, Islamic studies and history.
Students may also choose elective science courses, such as physics, chemistry, and engineering.
School Song
Kami putera teknik
Sedia hidup berjasa
Majulah sekolah
Dari masa ke masa
Sentiasa
Kami puteri teknik
Sedia bekerjasama
Marilah semailah
Semangat jaya diri
Bersama
Bidang teknologi
Bangunkan negara kita
Putera puteri teknik
Usaha mencapai cita-cita
Putera puteri teknik
Berbakti setiap masa
lambang kebanggaan
Kemajuan dan jaya negara
Mission, Vision, & Motto
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi masyarakat.
MISI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Membina sistem pendidikan teknik dan vokasional yang boleh menghasilkan insan yang cerdas, berdisiplin dan mahir untuk pembangunan ekonomi dan teknologi negara.
VISI SMTI
Sekolah Menengah Teknik Ipoh (SMTI) akan menjadi antara tiga sekolah menengah teknik terbaik menjelang 2010.
MISI SMTI
Menyediakan prasarana dan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara agar tercapai kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah
MOTO SMTI
Berilmu Berbakti
Falsafah&Matlamat
FALSAFAH
Potensi setiap murid haruslah dikembangkan ke tahap maksimum untuk melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan untuk memenuhi insipirasi negara dalam bidang sains dan teknologi.
Menyediakan ruang untuk peluang pendidikan teknik untuk melahirkan insan yang berteknologi, cergas, berdisiplin, berhemah tinggi dan beriman untuk guna tenaga sesuai dengan wawasan negara.
MATLAMAT
Menyediakan murid yang sentiasa bersedia menghadapi perkembangan sains dan teknologi serta dapat melanjutkan pelajaran ke bidang yang berkaitan.
Melahirkan murid yang mahir dalam bidang perindustrian dan perdagangan.
Melahirkan insan seimbang dengan perkembangan dari segi sains dan teknologi.